Penggunaan Internet
-kita tidak sewajarnya melawati laman web yang tidak beretika seperti porno atau imej-imej yang mengandungi unsur-unsur lucah.
-Tidak memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian yang tidak berlesen.
-Tidak memuat turun/naik (download/upload) serta menyimpan maklumat yang melibatkan sebarang fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej organisasi, kerajaan atau individu.
-Untuk keselamatan, kita boleh mengaktifkan pop-up screen yang berkemungkinan mengandungi code,script yang mempunyai virus.
Penggunaan Mel Elektronik
-Tidak menggunakan akaun milik orang lain, dan untuk tujuan keselamatan, berkongsi serta membenarkan akaun digunakan oleh orang lain untuk tujuan rasmi harus dielakkan.
-Tidak memnyebarkan kod-kod perosak seperti virus, worn, trojan horse yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain.
-Untuk keselamatan, scanning ke atas semua fail dan attachment file bagi mengenalpasti fail-fail yang diserang virus dengan perisian antivirus dalam komputer.
-Menggunakan kata kunci keselamatan agar orang lain tidak boleh membuka akaun kita.
Keselamatan Kata Laluan
-Sekiranya kata laluan telah dicuri atau disyaki diketahui oleh orang lain, kita harus mengubah serta merta kata laluan kita.
-Kata laluan seboleh-bolehnya mengandungi 8 askara yang terdiri daripada gabungan nombor dan huruf.
Keselamatan Komputer
-Memastikan antivirus sentiasa dikemaskini supaya dapat menangani serangan virus yang baru.
-Dilarang untuk install perisian screen server atau active destkop kerana akan menyebabkan processing komputer menjadi perlahan.
Keselamatan Media Storan
-Media storan adalah seperti usb drive,disket,cd,dvd dan lain-lain
-Untuk mengelakkan data hilang, semua media storan harus diletakkan berjauhan dengan sumber-sumber yang bermagnet.
-Semua media storan hendaklah dibuat pemeriksaan virus terlebih dahulu sebelum digunakan untuk menjamin keselamatan data dan maklumat yang disimpan.
post by fatrina
Monday, October 25, 2010
Etika dan Keselamatan dalam penggunaan Teknologi maklumat dan Ict
Posted by unityIT at 8:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment