Secara ringkasnya, blog (web log) merupakan online jurnal yang digunakan untuk untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara dan sentiasa dikemaskini setiap hari.
Untuk memahami secara ringkas perbezaan blog dan web site, blog merupakan komunikasi dua hala, manakala web site pula komunikasi satu hala. Hal ini kerana dalam blog, kita mempunyai ruang untuk meninggalkan komen, trackback, dan link berbanding dengan web yang kebiasaanya tidak mempunyai ruang untuk meninggalkan komendan hanya boleh mengambil maklumat dari web tersebut. Dalam blog, kita bukan sahaja dapat berinteraksi dengan blogger, tetapi kita juga boleh berinteraksi dengan pembaca blog yang lain.
perbezaan blog dengan web site yang paling ketara ialah apabila kita update atau memasukkan kita, penulisan terbaru akan berada di bahagian atas dan penulisan yang lepas akan berada di bahagian bawah (reverse chronological order).
Blog juga mudah diuruskan berbanding dengan web site. Anda hanya perlu memilih font, warna, meletakkan gambar, sama seperti microsoft word yang kita gunakan. Manakala, untuk website pula, anda perlu kemahiran yang tinggi dalam menggunakan HTML dan anda juga perlu menggunakan software seperti dream weaver untuk membuat web dan untuk mengemaskini web.
post by Fatrina simon
Sunday, October 24, 2010
Perbezaan Blog dan Web Site
Posted by unityIT at 5:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment