BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 24, 2010

Strategi Pencarian Maklumat.

Teknik pencarian maklumat elektronik.
Secara amnya terdapat pelbagai teknik pencarain yang boleh dilakukan berdasarkan keperluan maklumat yang berbeza dan dari sumber maklumat yang berbeza.
1. Simple Keyword Searching
2. Limiting Field Searching
3. Phrase Searching
4. Advanced Searching
5. Natural Language Searching
6. Guided Searching

Pencarian maklumat melalui CD-ROM.
CD-ROM iaitu singkatan kepada Compact Disc-Read Only Memory adalah cakera padat yang mempunyai keupayaan menyimpan dan mendapatkan semula maklumat dalam kapasiti yang besar. Selain daripada menyimpan data dalam bentuk teks, ianya juga dapat memuatkan grafik dan audio. Sejak pertengahan tahun 1988.

Terdapat 3 jenis CD-ROM:
Indeks – Memberi maklumat bibliografi sahaja.

Abstraks – Memberi maklumat bibliografi dan ringkasan/synopsis kepada teks

Teks penuh – Memberi semua maklumat yang diperlukan : maklumat bibliografi, ringkasan/synopsis serta teks yang telah diimbas atau ditaip semula.

Pencarian maklumat di Internet.
Terdapat beberapa teknik yang perlu diketahui supaya kita menjadi pelayar Web yang berkesan dan cekap. Antara perkara yang perlu di titkberatkan ialah penggunaan pelayar Web yang boleh memaparkan samada teks sahaja atau teks bersama grafik ; penggunaan alat pencarian (‘Seraching Tools’) seperti enjin carian dan direktori perkara ; pemilihan tapak Web dan beberapa teknik lain. Secara amnya terdapat beberapa kaedah pencarain maklumat di Internet. Diantaranya termasuklah:

· Menggunakan alamat sesuatu tapak Web yang diketahui (URL)
· Meluncur Web (‘Net Surfing’)
· Menggunakan enjin carian (‘Search Engine’)
· Menggunakan direktori perkara (‘Subject Directories’)
· Menggunakan Teknologi Tolak (‘Push Technology’)

Sumber: http://library.uitm.edu.my/melaka/images/stories/onlinedemo/tips.doc diakses pada 15 September 2010.
Post by: Norkamisah

0 comments:

Followers