BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 3, 2010

Masalah Etika dan Moral Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

Masalah Moral dan Etika

1. Penggertak (Cracker)
Cracker merupakan golongan yang menceroboh ke dalam
sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
Cracker juga tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan. Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.

2. Penyalahgunaan Internet
Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya dalam kalangan remaja.

3. Virus
Sebarkan virus menyebabkan kerosakkan sistem, data, perisian,
melumpuhkan rangkaian komputer.

4. Hakcipta
Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

Prinsip Etika Komputer

1. Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.

2. Keizinan termaklum
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang bakal dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.

3. Keadilan
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.

4. Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih
daripada risikonya.

Rujukan: http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%20etika%20profesional%20TM.pdf. 11:59am.

Posted by, Kaylona

0 comments:

Followers