Sistem digital adalah cabang yang amat penting dalam elektronik. Kegunaanya adalah merangkumi pelbagai bidang seperti:
1.Pengiraan(Computing)
-Dua mesin pengiraan utama adalah computer dan kalkulator. Secara ringkasnya komputer menerima arahan dan data dalam bentuk nombor.Untuk memudahkan pertukaran nombor kepada isyarat yang difahami oleh litar elektronik, maka sisitem nombor asas dua digunakan.
2.Komunikasi
-Litar elektronik dalam litar faksimile, telefon mudah alih, sisitem radar dan antena, serta penggunaan satelit di angkasa lepas adalah beberapa contoh penggunaan sistem digital dalam komunikasi.
3.Instrumentasi
-Kesemua jenis alat pengukuran dan pengawasan digital adalah di bawah bidang ini. Sebagai contoh oskilopsop digital, penganalisa spektrum, dan pengukur voltan digital.
4.Kawalan automasi
- Kawalan ke atas peluru berpandu pintar, mesin robot dalam pembuatan sesuatu produk, dan lif,kesemua ini memerlukan sistem digital.
post by fatrina simon
Tuesday, November 9, 2010
APLIKASI SISTEM DIGITAL
Posted by unityIT at 11:46 AM 0 comments
KELEBIHAN DIGITAL BERBANDING ANALOG
-Lebih mudah direkabentuk.
-penyimpanan data boleh dibuat dengan mudah.
-data yang dihasilkan lebih jitu dan tepat.
-Operasi boleg diprogramkan.
-Kurang dipengaruhi oleh hingar.
post by fatrina simon
Posted by unityIT at 11:42 AM 0 comments
ANALOG DAN DIGITAL
Analog merupakan proses penghantaran isyarat dalam bentuk gelombang. Salah satu contoh ialah ketika kita bercakap dengan seseorang dalam telefon, maka suara yang dihantar melalui rangkaian telefon tersebut disalurkan melalui gelombang. Kemidian ketika gelombang diterima, maka gelombang tersebut akan diterjemahkan dalam bentuk suara sehingga penerima boleh mendengar apa yang pemanggil katakan melalui telefon.
Digital pula merupakan proses memproses data atau memanipulasi data dalam bentuk digital.Antara sistem digital yang utama ialah komputer digital dan kalkulator. Namun begitu ada sesetengah sistem litar yang mempunyai kedua dua litar analog dan digital. Dalam sistem seperti ini, penukar (converter)diperlukan.Terdapat dua jenis sistem penukar iaitu penukar analog ke digital(ADC)dan penukar digital ke analog(DAC).
post by fatrina simon
sumber: http://artikel.total.or.id/artikel.php?id=1187&judul=Analog dan Digital
http://metalab.uniten.edu.my/~yeoh/eeed144/bab1.pdf
Posted by unityIT at 1:39 AM 0 comments
Wednesday, November 3, 2010
10 Rukun Etika Komputer
Sepuluh perintah tersebut adalah panduan kepada
pengguna dan profesional komputer oleh
Computer Ethics Institute seperti:
1. Tidak menggunakan komputer untuk
membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian
yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer
orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang
lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau
sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang
rasa dan hormat kepada manusia lain.
Rujukan:http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%20etika%20profesional%20TM.pdf.3 NOV 2010, 12:12pm.
posted by, Kaylona
Posted by unityIT at 12:14 PM 0 comments
Masalah Etika dan Moral Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat
Masalah Moral dan Etika
1. Penggertak (Cracker)
Cracker merupakan golongan yang menceroboh ke dalam
sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
Cracker juga tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan. Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.
2. Penyalahgunaan Internet
Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya dalam kalangan remaja.
3. Virus
Sebarkan virus menyebabkan kerosakkan sistem, data, perisian,
melumpuhkan rangkaian komputer.
4. Hakcipta
Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
Prinsip Etika Komputer
1. Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2. Keizinan termaklum
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang bakal dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
3. Keadilan
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
4. Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih
daripada risikonya.
Rujukan: http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%20etika%20profesional%20TM.pdf. 11:59am.
Posted by, Kaylona
Posted by unityIT at 12:04 PM 0 comments
Monday, October 25, 2010
Etika dan Keselamatan dalam penggunaan Teknologi maklumat dan Ict
Penggunaan Internet
-kita tidak sewajarnya melawati laman web yang tidak beretika seperti porno atau imej-imej yang mengandungi unsur-unsur lucah.
-Tidak memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian yang tidak berlesen.
-Tidak memuat turun/naik (download/upload) serta menyimpan maklumat yang melibatkan sebarang fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej organisasi, kerajaan atau individu.
-Untuk keselamatan, kita boleh mengaktifkan pop-up screen yang berkemungkinan mengandungi code,script yang mempunyai virus.
Penggunaan Mel Elektronik
-Tidak menggunakan akaun milik orang lain, dan untuk tujuan keselamatan, berkongsi serta membenarkan akaun digunakan oleh orang lain untuk tujuan rasmi harus dielakkan.
-Tidak memnyebarkan kod-kod perosak seperti virus, worn, trojan horse yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain.
-Untuk keselamatan, scanning ke atas semua fail dan attachment file bagi mengenalpasti fail-fail yang diserang virus dengan perisian antivirus dalam komputer.
-Menggunakan kata kunci keselamatan agar orang lain tidak boleh membuka akaun kita.
Keselamatan Kata Laluan
-Sekiranya kata laluan telah dicuri atau disyaki diketahui oleh orang lain, kita harus mengubah serta merta kata laluan kita.
-Kata laluan seboleh-bolehnya mengandungi 8 askara yang terdiri daripada gabungan nombor dan huruf.
Keselamatan Komputer
-Memastikan antivirus sentiasa dikemaskini supaya dapat menangani serangan virus yang baru.
-Dilarang untuk install perisian screen server atau active destkop kerana akan menyebabkan processing komputer menjadi perlahan.
Keselamatan Media Storan
-Media storan adalah seperti usb drive,disket,cd,dvd dan lain-lain
-Untuk mengelakkan data hilang, semua media storan harus diletakkan berjauhan dengan sumber-sumber yang bermagnet.
-Semua media storan hendaklah dibuat pemeriksaan virus terlebih dahulu sebelum digunakan untuk menjamin keselamatan data dan maklumat yang disimpan.
post by fatrina
Posted by unityIT at 8:28 PM 0 comments
Sunday, October 24, 2010
Strategi Pencarian Maklumat.
Teknik pencarian maklumat elektronik.
Secara amnya terdapat pelbagai teknik pencarain yang boleh dilakukan berdasarkan keperluan maklumat yang berbeza dan dari sumber maklumat yang berbeza.
1. Simple Keyword Searching
2. Limiting Field Searching
3. Phrase Searching
4. Advanced Searching
5. Natural Language Searching
6. Guided Searching
Pencarian maklumat melalui CD-ROM.
CD-ROM iaitu singkatan kepada Compact Disc-Read Only Memory adalah cakera padat yang mempunyai keupayaan menyimpan dan mendapatkan semula maklumat dalam kapasiti yang besar. Selain daripada menyimpan data dalam bentuk teks, ianya juga dapat memuatkan grafik dan audio. Sejak pertengahan tahun 1988.
Terdapat 3 jenis CD-ROM:
Indeks – Memberi maklumat bibliografi sahaja.
Abstraks – Memberi maklumat bibliografi dan ringkasan/synopsis kepada teks
Teks penuh – Memberi semua maklumat yang diperlukan : maklumat bibliografi, ringkasan/synopsis serta teks yang telah diimbas atau ditaip semula.
Pencarian maklumat di Internet.
Terdapat beberapa teknik yang perlu diketahui supaya kita menjadi pelayar Web yang berkesan dan cekap. Antara perkara yang perlu di titkberatkan ialah penggunaan pelayar Web yang boleh memaparkan samada teks sahaja atau teks bersama grafik ; penggunaan alat pencarian (‘Seraching Tools’) seperti enjin carian dan direktori perkara ; pemilihan tapak Web dan beberapa teknik lain. Secara amnya terdapat beberapa kaedah pencarain maklumat di Internet. Diantaranya termasuklah:
· Menggunakan alamat sesuatu tapak Web yang diketahui (URL)
· Meluncur Web (‘Net Surfing’)
· Menggunakan enjin carian (‘Search Engine’)
· Menggunakan direktori perkara (‘Subject Directories’)
· Menggunakan Teknologi Tolak (‘Push Technology’)
Sumber: http://library.uitm.edu.my/melaka/images/stories/onlinedemo/tips.doc diakses pada 15 September 2010.
Post by: Norkamisah
Posted by unityIT at 11:54 PM 0 comments
Implikasi-implikasi Perkembangan ICT
Terdapat 4 implikasi perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
1. Pertama, perkembangan infrastuktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang memberi peluang untuk mendapatkan maklumat di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita, aktiviti politik, aktiviti kebudayaan, pengetahuan saintifik dan mempelajari cara yang interaktif untuk berkomunikasi melalui kemudahan yang disediakan. Dengan adanya perkongsian maklumat, penguna dapat membuat keputusan sendiri dalam perbandingan harga dan perkhidmatan sesuatu produk yang di tawarkan.
2. Pertambahan kesan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan Faktor-faktor yang menghalang negara-negara kurang maju dalam pendekatan dan pendedahan teknologi berasaskan computer di sekolah-sekolah dan pendidikan tinggi ialah faktor kos, desakkan ke atas pemprosesan maklumat dan kekurangan sistem perhubungan. Faktor-faktor yang menghalang ini, tidak memberi kesan terhadap negara-negara maju untuk mengaplikasikan teknologi berasaskan computer. Peningkatan perkhidmatan pendidikan yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menyelia dan menyampaikan pembelajaran yang lebih menfokuskan kepada bidang sains dan teknologi. Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan tinggi mendatangkan kesan baik kepada pelajar-pelejar bagi mempermudahkan urusan pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar boleh dan hanya mempelajari melalui on-line serta mendapatkan sijil-sijil kelayakan menerusi Internet dan sistem perhubungan.
3. perubahan pasaran tenaga kerja. Pelbagai struktur aspek perkembangan pekerjaan dalam pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri berbeza. Perolehan proses maklumat adalah asas dalam kehidupan (tiket-tiket penerbangan, pengurusan pembayaran) yang menjana permintaan pembelajaran baru untuk kemahiran berbahasa dan pengurusan maklumat.
4. perubahan cara pengetahuan dijana dan diperakui. Gibbons (1998) mengenal pasti dua (2) mod dalam penghasilan pengetahuan. Mod 1 telah mengklasifikasi tahap pengetahuan melalui susunan pentadbiran dalam kedudukan organisasi, perakuan pengetahuan oleh golongan komuniti yang professional tertentu khususnya bidang pengajian dan akademik. Mod 2 adalah berbeza. Aplikasi terhadap penghasilan pengetahuan, akan meyebabkan masalah yang timbul dari segi ekonomi dan sosial berbanding dengan masalah displin. Organisasi menyelaraskan semua tugasan berstruktur dengan menjalinkan kerjasama diantara kajian dan pembangunan kakitangan yang ditempatkan di dalam institusi yang berlainan mengikut cara / corak yang bersesuaian. Berdasarkan mod Gibbons, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh diaplikasikan mengikut / melalui mod 2 yang mana lebih mudah untuk digunapakai.
Sumber: http://ismefarah.tripod.com/id15.html diakses pada 19 Oktober 2010
Post by: Norkamisah
Posted by unityIT at 11:34 PM 0 comments
Perbezaan Blog dan Web Site
Secara ringkasnya, blog (web log) merupakan online jurnal yang digunakan untuk untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara dan sentiasa dikemaskini setiap hari.
Untuk memahami secara ringkas perbezaan blog dan web site, blog merupakan komunikasi dua hala, manakala web site pula komunikasi satu hala. Hal ini kerana dalam blog, kita mempunyai ruang untuk meninggalkan komen, trackback, dan link berbanding dengan web yang kebiasaanya tidak mempunyai ruang untuk meninggalkan komendan hanya boleh mengambil maklumat dari web tersebut. Dalam blog, kita bukan sahaja dapat berinteraksi dengan blogger, tetapi kita juga boleh berinteraksi dengan pembaca blog yang lain.
perbezaan blog dengan web site yang paling ketara ialah apabila kita update atau memasukkan kita, penulisan terbaru akan berada di bahagian atas dan penulisan yang lepas akan berada di bahagian bawah (reverse chronological order).
Blog juga mudah diuruskan berbanding dengan web site. Anda hanya perlu memilih font, warna, meletakkan gambar, sama seperti microsoft word yang kita gunakan. Manakala, untuk website pula, anda perlu kemahiran yang tinggi dalam menggunakan HTML dan anda juga perlu menggunakan software seperti dream weaver untuk membuat web dan untuk mengemaskini web.
post by Fatrina simon
Posted by unityIT at 5:10 PM 0 comments
Tuesday, August 17, 2010
Isu-isu Keselamatan Dalam Penggunaan ICT
ISU-ISU KESELAMATAN DALAM PENGGUNAAN ICT
Antara isu-isu keselamatan dalam penggunaan ICT adalah seperti berikut:
a) Netika
Internet sebenar mempunyai kod etikanya yang tersendiri. Kita tidak boleh lupa bahawa internet ia adalah hasil usaha kerja tangan manusia dan sudah tentulah akan terbentuk adab-adab dan tingkah laku ianya tersendiri. Walaupun dimana kita berada, diruangan “chat”, “IRC”, “ICQ”, Kumpulan Perbincangan dan “mailing list”, akan wujud etika atau “netiquette” tersendiri.
Perkara utama yang perlu dilakukan ialah kita perlu berfikir walaupun kita menggunakan internet dihadapan sebuah komputer, namun sebenarnya kita masih berhubungan dengan manusia. Cara bagaimana anda saling berhubungan dengan orang lain empat mata, sepatutnya anda lakukan juga di dalam internet.
Perlu diingati, di dalam internet, kita juga dirangkumi oleh undang-undangnya tersendiri. Bagi kita di Malaysia, jika email tersebut mempunyai unsur fitnah atau tuduhan yang boleh menimbul kekacauan kita boleh didakwa. Begitu juga dengan akta hakcipta dan sebagainya.
b)Kelucahan
Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam Internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini. Namun, penyebaran junk e-mail dalam bahasa Melayu di negara kita sendiri nampaknya semakin meluas dan menjadi-jadi, iaitu yang merupakan satu perkembangan yang amat tidak sihat dalam pembangunan teknologi maklumat dan saluran elektronik di negara kita.
Masih banyak nampaknya unsur negatif dan mengelirukan disebar begitu mudah melalui e-mail oleh kalangan yang ingin menyebarkan fahaman salah tentang pelbagai isu. Malah tidak kurang pula yang menggunakannya bersembang lucah dan menghantar bahan-bahan porno yang hanya mencerminkan kecetekan ilmu dan kedangkalan iman.
c)Pengodaman
Masalah keselamatan teknologi maklumat (IT) di rantau Asia Pasifik sudah menjadi agenda agensi kerajaan sejak dua dekad lalu tetapi ia baru dikaji kalangan akademik dan pertubuhan bukan kerajaan. Antara isu yang diberi penekanan di bawah keselamatan negara termasuk peperangan siber, epidemiologi siber seperti penyebaran virus, penggodaman dan pencerobohan serta pengganas.
Di bawah perspektif isu keselamatan manusia, `privacy' dan capaian, hal-hal seperti teknik komunikasi, pemantauan dan kesan dari ekonomi berasaskan pengetahuan perlu diberi perhatian. Selain memajukan ICT dengan agresif, Malaysia juga merupakan negara yang mendahului lain-lain negara dalam menyediakan undang-undang siber untuk menghadapi jenayah siber.Langkah ini sangat tepat memandangkan dengan adanya undang-undang seperti ini ia akan mengurangkan masalah jenayah siber.
d)Pencerobohan
Pencerobohan ini biasanya melibat golongan ellit atau pakar dalam bidang komputer. Namun dalam mengasah kecerdikan minda dan idea tanpa memperdulikan yang mana hak dan yang mana bukan perkara ini boleh terjadi. Seringkali gejala ini berlaku atas dasar ingin mendapatkan maklumat rahsia yang terdapat dalam sesebuah syarikat, organisasi mahu pun sesebuah negara.
e)Nilai murni
Akibat penggunaan IT secara tidak sihat dan tanpa bimbingan yang sewajarnya, seperti di barat masyarakat akan menghadapi keruntuhan nilai murni/ akhlak terutama di kalangan remaja. Masalah yang sama juga dapat terjadi di negara kita. Untuk menghindari hal itu terjadi, kita perlu melihat terhadap kekuatan dan ketahanan yang ada pada diri sendiri. Hanya dengan ketahanan diri saja, dapat membendung segala gejala tidak sehat daripada menyerang dan meruntuhkan masyarakat kita. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil segera supaya masyarakat tidak hanyut dan runtuh akibat IT seperti yang berlaku di barat itu. Masyarakat haruslah dapat melihat dan membezakan isu-isu yang penting dengan isu-isu yang tidak penting, isu-isu yang remeh dengan isu-isu yang bermanfaat dan sebaliknya.
http://www.oocities.com/suriana_supaan/isuPenggunaaInternet.htm?20101>. 23 Januari 2010, 4:55pm.
Post by: Kaylona
Posted by unityIT at 9:55 AM 0 comments
Monday, July 26, 2010
Bing
Enjin pencarian Bing ini dilancarkan oleh Microsoft untuk menggantikan Live Search. Idea penciptaan Bing ini diperolehi daripada beberapa pembaikan yang dilakukan pada Live Search dan Microsoft's Search Technology.
Apa yang ada pada Bing?
Di sebelah kiri Bing terdapat Explorer Pane yang mempunyai menu "Related search" yang memudahkan seseorang mencari artikel yang berkaitan dengan carian dan "Search history" untuk mengembalikan carian yang lepas.
Bing juga mempunyai sedikit info/penerangan bagi sesebuah laman web yang terdapat pada sebelah kanan.
Bing juga mempunyai pencarian imej yang canggih dan mempunyai pelbagai fungsi seperti memaparkan thumbnail gambar tersebut secara besar apabila anda meletakkan anak panah tetikus anda, mengubah suai dan menetapkan cara pencarian anda mengikut saiz, layout, warna, style dan orang.
Sumber: http://www.azumass.com/blog/internet/bing-enjin-pencarian-baru-microsoft.html#more-477/ 25 Julai 2010, 9.50pm.
Post by: Norkamisah
Posted by unityIT at 6:36 PM 0 comments
Yahoo
Yahoo dimulakan pada tahun 1994. Enjin pencarian ini dibangunkan oleh David Filo dan Jerry Yang. Mereka memulakan Yahoo sebgai satu cara menjejak minat mereka di Internet. Kedua-dua mereka tidak menyangka bahawa Yahoo akan menjadi terkemuka di Internet. Pada musim luruh 1994, capaian Yahoo mencecah sejuta sehari iaitu hampir 100 ribu pelawat. Kini, Yahoo menjadi salah satu laman tertinggi yang dilawati di internet iaitu menerima lebih 345 juta pengunjung setiap bulan.
Yahoo juga semakin berkembang kepada portal talian terbesar yang menawarkan semua perkara dari membeli-belah, video dan siaran pod (podcasts) untuk kewangan, berita, harta tanah dan persendirian.
Antara cara-cara bagi mendedahkan laman web seseorang pada portal Yahoo ialah:
Penyerahan Laman Mobil (Mobile Site Submission)
Penyerahan Podcast (Podcast Submission)
Penyerahan Barangan (Product Submissio
Penyerahan Direktori Yahoo (Yahoo Directory Submission)
Suapan RSS Media (Media RSS Feeds)
Jawapan Yahoo (Yahoo Answers)
Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Yahoo/ 25 Julai 2010, 9.20pm
Posted by unityIT at 6:16 PM 0 comments
Nama "Google" berasal dari kesalahan mengeja "googol" yang merujuk kepada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja "google" dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "menggunakan enjin pencarian Google untuk memperoleh maklumat dari Internet" dimasukkan dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary.
Pada awalnya, google ditubuhkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998. Syarikat ini bertapak di Mountain View dan mempunyai seramai 19 786 orang pekerja sepenuh masa sehingga 31 Mac 2009. Eric Schmidt yang merupakan bekas eksekutif (CEO) Novell merupakan CEO Google sekarang. Google sebenarnya bermula sebagai satu projek penyelidikan yang dilakukan oleh Larry Page dan Sergey Brin pada Januari 1996. Kedua-dua mereka merupakan pelajar PhD di Universiti Stanford, California. Misi google adalah mendapatkan maklumat dunia dan membolehkannya dicapai dan berguna secara universal. Pada tahun 2000, google mula menjual iklan yang dikaitkan dengan kata kunci. Kata kunci dijual berdasarkan pada kombinasi tawaran harga dan jumlah klik. Penawaran bermula pada 5 sen per klik.
Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Google, 25 Julai 2010. 8.30pm
Post by: Norkamisah
Posted by unityIT at 5:40 PM 0 comments
Enjin Carian
Enjin carian (search engine)ialah sistem berkaitan internet yang dibangunkan untuk membantu kita mendapatkan maklumat. Enjin carian ini merupakan sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan laman-laman web, kata kunci atau frasa. Contohnya, enjin carian ini berfungsi apabila anda menaip kata kunci seperti "perniagaan" pada google, yahoo atau msn, maka enjin carian akan mencari maklumat berdasarkan kata kunci yang dimasukkan. Laman-laman web yang menggunakan kata kunci "perniagaan" akan dipaparkan. Contoh-contoh enjin carian adalah seperti Google, Yahoo, MSN, Bling, Ask, dan banyak lagi.
Sumber: http://www.azumass.com/blog/internet/enjin-carian-search-engine.html/25 Julai 2010, 8.15pm.
Posted by unityIT at 5:19 PM 0 comments
5 Pesaing iPad
Pesaing-pesaing kepada komputer tablet iPad yang dikeluarkan oleh Apple antaranya ialah:
1. Tablet BlackBerry dikatakan bakal menjadi pesaing kepada iPad. Ia juga dikenali sebagai Blackpad atau Coblat. Ia dikatakan mempunyai paparan8,9 inci. Ciri-ciri lainnya termasuklah 3G dan sambungan Wi-Fi.
Sumber: http://inertz.com/2010/05/blackpad- pesaing-ipad-dari-blackberry/, 25 Julai 2010. 6:45pm.
2. Dell Mini 5
Dell Mini 5 menjadi salah satu pesaing kepada iPad. Ia memiliki ciri-ciri seperti, menggunakan processor snaprdragon, mempunyai kamera 5 megapixel, sambungan wireless (Wi-Fi) serta mempunyai layer 10 inci.
3. Hp Slate
Ia mempunyai kemampuan multitouch, menggunakan sistem operasi Windows 7 serta memiliki layer 10 inci.
4. Archos 9
Archos 9 dilengkapi dengan fitur multimedia, menggunakan sistem operasi Windows 7, memiliki layer LED impresif seluas 8,9 inci dan ia juga menggunakan prosesor Intel Atom 1.1 GHz.
5. Lenvo Ideapad U1
Gadget canggih ini merupakan perpaduan antara laptop dengan tablet yang boleh dipisahkan. U1 mampu beroperasi lancar berkat sokongan CPU Snapdragon 1 Ghz. Ia juga memiliki lebar layer sehingga 11,6 inci.
Sumber : http://melodanta.com/inilah-5-tablet-yang-akan-menjadi-pesaing-iPad.html, 25 Julai 2010. 7:00pm.
Post by: Kaylona
Posted by unityIT at 5:53 AM 0 comments
Thursday, July 22, 2010
IPad
Posted by unityIT at 3:54 AM 0 comments