Penggunaan Internet
-kita tidak sewajarnya melawati laman web yang tidak beretika seperti porno atau imej-imej yang mengandungi unsur-unsur lucah.
-Tidak memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian yang tidak berlesen.
-Tidak memuat turun/naik (download/upload) serta menyimpan maklumat yang melibatkan sebarang fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej organisasi, kerajaan atau individu.
-Untuk keselamatan, kita boleh mengaktifkan pop-up screen yang berkemungkinan mengandungi code,script yang mempunyai virus.
Penggunaan Mel Elektronik
-Tidak menggunakan akaun milik orang lain, dan untuk tujuan keselamatan, berkongsi serta membenarkan akaun digunakan oleh orang lain untuk tujuan rasmi harus dielakkan.
-Tidak memnyebarkan kod-kod perosak seperti virus, worn, trojan horse yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain.
-Untuk keselamatan, scanning ke atas semua fail dan attachment file bagi mengenalpasti fail-fail yang diserang virus dengan perisian antivirus dalam komputer.
-Menggunakan kata kunci keselamatan agar orang lain tidak boleh membuka akaun kita.
Keselamatan Kata Laluan
-Sekiranya kata laluan telah dicuri atau disyaki diketahui oleh orang lain, kita harus mengubah serta merta kata laluan kita.
-Kata laluan seboleh-bolehnya mengandungi 8 askara yang terdiri daripada gabungan nombor dan huruf.
Keselamatan Komputer
-Memastikan antivirus sentiasa dikemaskini supaya dapat menangani serangan virus yang baru.
-Dilarang untuk install perisian screen server atau active destkop kerana akan menyebabkan processing komputer menjadi perlahan.
Keselamatan Media Storan
-Media storan adalah seperti usb drive,disket,cd,dvd dan lain-lain
-Untuk mengelakkan data hilang, semua media storan harus diletakkan berjauhan dengan sumber-sumber yang bermagnet.
-Semua media storan hendaklah dibuat pemeriksaan virus terlebih dahulu sebelum digunakan untuk menjamin keselamatan data dan maklumat yang disimpan.
post by fatrina
Monday, October 25, 2010
Etika dan Keselamatan dalam penggunaan Teknologi maklumat dan Ict
Posted by unityIT at 8:28 PM 0 comments
Sunday, October 24, 2010
Strategi Pencarian Maklumat.
Teknik pencarian maklumat elektronik.
Secara amnya terdapat pelbagai teknik pencarain yang boleh dilakukan berdasarkan keperluan maklumat yang berbeza dan dari sumber maklumat yang berbeza.
1. Simple Keyword Searching
2. Limiting Field Searching
3. Phrase Searching
4. Advanced Searching
5. Natural Language Searching
6. Guided Searching
Pencarian maklumat melalui CD-ROM.
CD-ROM iaitu singkatan kepada Compact Disc-Read Only Memory adalah cakera padat yang mempunyai keupayaan menyimpan dan mendapatkan semula maklumat dalam kapasiti yang besar. Selain daripada menyimpan data dalam bentuk teks, ianya juga dapat memuatkan grafik dan audio. Sejak pertengahan tahun 1988.
Terdapat 3 jenis CD-ROM:
Indeks – Memberi maklumat bibliografi sahaja.
Abstraks – Memberi maklumat bibliografi dan ringkasan/synopsis kepada teks
Teks penuh – Memberi semua maklumat yang diperlukan : maklumat bibliografi, ringkasan/synopsis serta teks yang telah diimbas atau ditaip semula.
Pencarian maklumat di Internet.
Terdapat beberapa teknik yang perlu diketahui supaya kita menjadi pelayar Web yang berkesan dan cekap. Antara perkara yang perlu di titkberatkan ialah penggunaan pelayar Web yang boleh memaparkan samada teks sahaja atau teks bersama grafik ; penggunaan alat pencarian (‘Seraching Tools’) seperti enjin carian dan direktori perkara ; pemilihan tapak Web dan beberapa teknik lain. Secara amnya terdapat beberapa kaedah pencarain maklumat di Internet. Diantaranya termasuklah:
· Menggunakan alamat sesuatu tapak Web yang diketahui (URL)
· Meluncur Web (‘Net Surfing’)
· Menggunakan enjin carian (‘Search Engine’)
· Menggunakan direktori perkara (‘Subject Directories’)
· Menggunakan Teknologi Tolak (‘Push Technology’)
Sumber: http://library.uitm.edu.my/melaka/images/stories/onlinedemo/tips.doc diakses pada 15 September 2010.
Post by: Norkamisah
Posted by unityIT at 11:54 PM 0 comments
Implikasi-implikasi Perkembangan ICT
Terdapat 4 implikasi perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
1. Pertama, perkembangan infrastuktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang memberi peluang untuk mendapatkan maklumat di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita, aktiviti politik, aktiviti kebudayaan, pengetahuan saintifik dan mempelajari cara yang interaktif untuk berkomunikasi melalui kemudahan yang disediakan. Dengan adanya perkongsian maklumat, penguna dapat membuat keputusan sendiri dalam perbandingan harga dan perkhidmatan sesuatu produk yang di tawarkan.
2. Pertambahan kesan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan Faktor-faktor yang menghalang negara-negara kurang maju dalam pendekatan dan pendedahan teknologi berasaskan computer di sekolah-sekolah dan pendidikan tinggi ialah faktor kos, desakkan ke atas pemprosesan maklumat dan kekurangan sistem perhubungan. Faktor-faktor yang menghalang ini, tidak memberi kesan terhadap negara-negara maju untuk mengaplikasikan teknologi berasaskan computer. Peningkatan perkhidmatan pendidikan yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menyelia dan menyampaikan pembelajaran yang lebih menfokuskan kepada bidang sains dan teknologi. Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan tinggi mendatangkan kesan baik kepada pelajar-pelejar bagi mempermudahkan urusan pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar boleh dan hanya mempelajari melalui on-line serta mendapatkan sijil-sijil kelayakan menerusi Internet dan sistem perhubungan.
3. perubahan pasaran tenaga kerja. Pelbagai struktur aspek perkembangan pekerjaan dalam pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri berbeza. Perolehan proses maklumat adalah asas dalam kehidupan (tiket-tiket penerbangan, pengurusan pembayaran) yang menjana permintaan pembelajaran baru untuk kemahiran berbahasa dan pengurusan maklumat.
4. perubahan cara pengetahuan dijana dan diperakui. Gibbons (1998) mengenal pasti dua (2) mod dalam penghasilan pengetahuan. Mod 1 telah mengklasifikasi tahap pengetahuan melalui susunan pentadbiran dalam kedudukan organisasi, perakuan pengetahuan oleh golongan komuniti yang professional tertentu khususnya bidang pengajian dan akademik. Mod 2 adalah berbeza. Aplikasi terhadap penghasilan pengetahuan, akan meyebabkan masalah yang timbul dari segi ekonomi dan sosial berbanding dengan masalah displin. Organisasi menyelaraskan semua tugasan berstruktur dengan menjalinkan kerjasama diantara kajian dan pembangunan kakitangan yang ditempatkan di dalam institusi yang berlainan mengikut cara / corak yang bersesuaian. Berdasarkan mod Gibbons, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh diaplikasikan mengikut / melalui mod 2 yang mana lebih mudah untuk digunapakai.
Sumber: http://ismefarah.tripod.com/id15.html diakses pada 19 Oktober 2010
Post by: Norkamisah
Posted by unityIT at 11:34 PM 0 comments
Perbezaan Blog dan Web Site
Secara ringkasnya, blog (web log) merupakan online jurnal yang digunakan untuk untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara dan sentiasa dikemaskini setiap hari.
Untuk memahami secara ringkas perbezaan blog dan web site, blog merupakan komunikasi dua hala, manakala web site pula komunikasi satu hala. Hal ini kerana dalam blog, kita mempunyai ruang untuk meninggalkan komen, trackback, dan link berbanding dengan web yang kebiasaanya tidak mempunyai ruang untuk meninggalkan komendan hanya boleh mengambil maklumat dari web tersebut. Dalam blog, kita bukan sahaja dapat berinteraksi dengan blogger, tetapi kita juga boleh berinteraksi dengan pembaca blog yang lain.
perbezaan blog dengan web site yang paling ketara ialah apabila kita update atau memasukkan kita, penulisan terbaru akan berada di bahagian atas dan penulisan yang lepas akan berada di bahagian bawah (reverse chronological order).
Blog juga mudah diuruskan berbanding dengan web site. Anda hanya perlu memilih font, warna, meletakkan gambar, sama seperti microsoft word yang kita gunakan. Manakala, untuk website pula, anda perlu kemahiran yang tinggi dalam menggunakan HTML dan anda juga perlu menggunakan software seperti dream weaver untuk membuat web dan untuk mengemaskini web.
post by Fatrina simon
Posted by unityIT at 5:10 PM 0 comments