BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 9, 2010

APLIKASI SISTEM DIGITAL

Sistem digital adalah cabang yang amat penting dalam elektronik. Kegunaanya adalah merangkumi pelbagai bidang seperti:

1.Pengiraan(Computing)
-Dua mesin pengiraan utama adalah computer dan kalkulator. Secara ringkasnya komputer menerima arahan dan data dalam bentuk nombor.Untuk memudahkan pertukaran nombor kepada isyarat yang difahami oleh litar elektronik, maka sisitem nombor asas dua digunakan.

2.Komunikasi
-Litar elektronik dalam litar faksimile, telefon mudah alih, sisitem radar dan antena, serta penggunaan satelit di angkasa lepas adalah beberapa contoh penggunaan sistem digital dalam komunikasi.

3.Instrumentasi
-Kesemua jenis alat pengukuran dan pengawasan digital adalah di bawah bidang ini. Sebagai contoh oskilopsop digital, penganalisa spektrum, dan pengukur voltan digital.

4.Kawalan automasi
- Kawalan ke atas peluru berpandu pintar, mesin robot dalam pembuatan sesuatu produk, dan lif,kesemua ini memerlukan sistem digital.

post by fatrina simon

KELEBIHAN DIGITAL BERBANDING ANALOG

-Lebih mudah direkabentuk.
-penyimpanan data boleh dibuat dengan mudah.
-data yang dihasilkan lebih jitu dan tepat.
-Operasi boleg diprogramkan.
-Kurang dipengaruhi oleh hingar.

post by fatrina simon

ANALOG DAN DIGITAL

Analog merupakan proses penghantaran isyarat dalam bentuk gelombang. Salah satu contoh ialah ketika kita bercakap dengan seseorang dalam telefon, maka suara yang dihantar melalui rangkaian telefon tersebut disalurkan melalui gelombang. Kemidian ketika gelombang diterima, maka gelombang tersebut akan diterjemahkan dalam bentuk suara sehingga penerima boleh mendengar apa yang pemanggil katakan melalui telefon.

Digital pula merupakan proses memproses data atau memanipulasi data dalam bentuk digital.Antara sistem digital yang utama ialah komputer digital dan kalkulator. Namun begitu ada sesetengah sistem litar yang mempunyai kedua dua litar analog dan digital. Dalam sistem seperti ini, penukar (converter)diperlukan.Terdapat dua jenis sistem penukar iaitu penukar analog ke digital(ADC)dan penukar digital ke analog(DAC).


post by fatrina simon

sumber: http://artikel.total.or.id/artikel.php?id=1187&judul=Analog dan Digital
http://metalab.uniten.edu.my/~yeoh/eeed144/bab1.pdf

Wednesday, November 3, 2010

10 Rukun Etika Komputer

Sepuluh perintah tersebut adalah panduan kepada
pengguna dan profesional komputer oleh
Computer Ethics Institute seperti:

1. Tidak menggunakan komputer untuk
membahayakan orang lain.

2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.

4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.

5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian
yang tidak dibeli secara sah

7. Tidak menggunakan sumber dari komputer
orang lain tanpa kebenaran.

8. Tidak mengambil hasil intelektual orang
lain untuk diri sendiri.

9. Memikirkan kesan sosial program atau
sistem yang dibangunkan.

10. Gunakanlah komputer dengan timbang
rasa dan hormat kepada manusia lain.

Rujukan:http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%20etika%20profesional%20TM.pdf.3 NOV 2010, 12:12pm.

posted by, Kaylona

Masalah Etika dan Moral Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

Masalah Moral dan Etika

1. Penggertak (Cracker)
Cracker merupakan golongan yang menceroboh ke dalam
sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
Cracker juga tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan. Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.

2. Penyalahgunaan Internet
Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya dalam kalangan remaja.

3. Virus
Sebarkan virus menyebabkan kerosakkan sistem, data, perisian,
melumpuhkan rangkaian komputer.

4. Hakcipta
Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

Prinsip Etika Komputer

1. Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.

2. Keizinan termaklum
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang bakal dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.

3. Keadilan
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.

4. Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih
daripada risikonya.

Rujukan: http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%20etika%20profesional%20TM.pdf. 11:59am.

Posted by, Kaylona

Followers